Menjual Pinggan Mangkuk Import Jenama Corelle

Sejarah Corelle

Lebih kurang 40 tahun dahulu, sekumpulan ahli sains dari Jabatan Penyelidikan Corning Glass Works telah menemukan cara khas membuat  tembikar. Cara tersebut  adalah  penyaduran bahan menggunakan haba, mengabungkan 3 lapisan kaca. Lapisan kaca sebelah teras di bungkus dengan lapisan lain di sebelah atas dan bawah yang bertindak sebagai kulit pengilat tembikar.

Penyaduran khas tadi berjaya digabungkan menjadi sebahagian daripada teras yang berada di tengah-tengah tembikar. Keadaan ini membuatkan tembikar yang terhasil  lasak, tidak mudah calar dan cantingan polar yang tidak pudar.  Maka lahirlah Corelle, pinggan mangkuk yang kini dikenali ramai seluruh didunia.

Ketahanan yang bertahun-tahun lamanya menjadi satu legasi kepada suri-suri rumah. Malah ada antaranya menjadi bahan koleksi  yang diturunkan dari generasi ke generasi. Di bawa bersama kenangan-kenangan manis peristiwa penting keluarga yang sukar dilupakan.

Corelle pertama kali diperkenalkan pada ramai pada tahun 1970. Ia merupakan pinggan-mangkuk pertama yang memenuhi kehendak pengguna yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Boleh digunakan untuk memasak di dalam oven
  • Tahan pecah, sumbing dan pudar warna dalam penggunaan biasa
  • Tetap ringan walaupun dibuat supaya tahan lasak
  • Senang di basuh, makanan tidak mudah melekat
  • Harga berpatutan dan corak-corak yang cantik dan menarik

Corelle menawarkan dua jenis jaminan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana jenama kepada pelanggan. Pertama, Corelle berjanji akan menukar pinggan-mangkuk yang pecah, sumbing, luntur warna atau retak, selama dua tahun dari tempoh beli, akibat penggunaan biasa.  Kedua, Corelle menjanjikan rekabentuk hiasan pinggan-mangkuk yang berterusan. Melalui kajian, didapati ciri ini penting untuk ramai pelanggan. Sehingga hari ini, Corelle terus menambah rekabentuk hiasan. Setiap satunya di kaji secara mendalam supaya memenuhi citarasa pelanggan.

Dalam tempoh satu dekad, pinggan-mangkuk Corelle sentiasa habis dijual walau sebelum pengeluaran. Dalam masa 18 bulan selepas pengeluaran pertamanya, lebih 40 juta set pinggan-mangkuk telah dijual. Satu rekod yang masih kekal sehingga ke hari ini. Kini, dianggarkan hampir separuh dari isi rumah di US mempunyai pinggan-mangkuk Corelle.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: